Friday, 14 December 2012

Rukun Solat

RUKUN SOLAT

1. Berdiri betul.
Hendaklah berdiri tegak menghadap kiblat dan pandangan mata  melihat pada tempat sujud.


2. Niat (bergantung kepada waktu solat yang hendak didirikan).
(أصلي فرض الظهر اربع ركعات اداء لله تعالى)
"sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat kerana Allah Ta'ala"



3. Takbiratul ihram.
Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan pada paras telinga sambil menyebut Allahuakbar (الله أكبر)

Niat solat hendaklah disertakan bersama dengan takbir ini. Tidak sah solat jika berniat terlebih dahulu sebelum takbir atau selepas takbir.




4. Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Fatihah adalah wajib manakala membaca surah-surah lain adalah sunat.


5. Rukuk serta toma'ninah.

Rukuk hendaklah dilakukan dengan membongkokkan badan sehingga tangan dapat memegang lutut.

Bacaan ketika rukuk:
سُبْحَنَ رَبِّيَ العَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ (3x)


6. I'tidal serta toma'ninah

Iktidal ialah rukun solat yang pendek yang memisahkan antara rukuk dan sujud.

Bacaan ketika I’tidal:

رَبَنَا لَكَ الحَمْدُ مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ الأَرْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِن شَيْءٍ بَعْدُ


7. Sujud serta toma'ninah.

Sujud yang sempurna ialah mengucap takbir sebelum turun untuk sujud. Kedua-dua lutut haruslah diletakkan terlebih dahulu, kemudian kedua-dua tangan, dan diikuti dengan dahi dan hujung hidung.

Bacaan ketika sujud:
(3x).سُبْحَنَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِه


8. Duduk antara 2 sujud.

Duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut . Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk Iftirasy , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jari kaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).
Bacaan ketika duduk antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ


9. Duduk tahiyat akhir.

Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak  dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.


Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan.


10. Duduk membaca tasyahud akhir.

Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لله ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

11. Selawat keatas nabi didalam tahiyyat akhir.


التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ للهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد



12. Salam yang pertama.



Memberi salam adalah rukun solat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. bermaksud: “kunci solat adalah bersuci. Permulaannya ialah takbir dan penyudahnya ialah salam”


Bacaan ketika salam: (السلام عليكم ورحمة الله)



13. Tertib.

Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah.



No comments:

Post a Comment