Thursday, 13 December 2012

Pengertian Solat, Hukum dan Dalil

PENGERTIAN SOLAT

Pengertian solat dari sudut bahasa: Doa.

Dari sudut istilah ialah perlakuan yang diiringi dengan bacaan-bacaan tertentu yang dimulai dengan takbir (takbiratul ihram) dan disudahi dengan salam.


HUKUM SOLAT


Ibadat solat adalah satu daripada rukun islam. setiap orang Islam wajib menunaikannya  apabila cukup syarat-syarat yang telah ditetapkan. hal yang demikian kerana solat merupakan tiang kepada ibadat-ibadat lain.

Kita hendaklah menyuruh kanak-kanak yang berumur 7 tahun mengerjakan solat. apabila kanak-kanak tersebut berumur 10 tahun dan tidak mahu mengerjakan solat, maka pukullah ia.


DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT 

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya : "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman".


Sabda Nabi S.A.W:

Maksudnya : “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama”













No comments:

Post a Comment